Home Tuition - Rhazes
Mukadimah
Assalamualaikum..
Saya Ahamad Arrazi bin Ibrahim adalah pemilik blog ini yang baru sahaja diwujudkan daripada minat saya pada Matematik dan keinginan untuk membantu adik-adik yang masih belajar terutama yang rasakan Matematik ini susah. Ini kerana saya pernah melalui situasi yang sama di mana saya lemah dalam Matematik semasa di sekolah tapi ia berubah selepas ibu bapa saya telah menghantar saya ke sebuah pusat tuisyen di tempat saya. Daripada hari itu Matematik menjadi matapelajaran yang mudah dan menarik bagi saya sehinggalah ke University. Sekarang saya bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai seorang Jurutera.
Oleh itu, saya berazam untuk membantu seramai mungkin anak bangsaku yang mempunyai masalah dalam Matematik dan ingin skor A dalam matepelajaran Matematik. Insyaallah..
Terima Kasih.